SEOUL: Parti pembangkang Korea Selatan menggesa parti pemerintah untuk bersama-sama melaksanakan pendakwaan ke atas Presiden Yoon Suk-yeol.
Gesaan itu dibuat setelah keengganan Presiden Yoon meletak jawatan meskipun sudah mengemukakan permohonan maaf secara langsung.
Beliau tetap dengan pendiriannya dan terus memberikan kepercayaan kepada partinya untuk menstabilkan situasi politik, termasuk penggal jawatannya.
Sesi undian bagi mendakwa Presiden Yoon dijangka akan dilakukan hari ini juga namun tiada sebarang kata putus daripada kedua-dua pihak berhubung penamatan penggal presiden terbabit secara rasmi.
Sebelum ini, Yoon mengejutkan seluruh negara dan masyarakat antarabangsa apabila mengenakan undang-undang tentera buat kali pertama sejak 1980-an dan mengerahkan tentera serta helikopter ke Parlimen.
Dalam pada itu, polis sudah memulakan siasatan terhadap Yoon dan beberapa lagi individu lain atas dakwaan pemberontakan.
SUMBER REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.