comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti Move Forward tunggu keputusan mahkamah sekiranya Pita layak jadi ketua pembangkang

Foto: Reuters

THAILAND: Parti Move Forward (MFP) kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Perlembagaan, sekiranya pemimpin parti, Pita Limjaroenrat layak untuk menjadi ketua pembangkang.

Setiausaha agung MFP, Chaithawat Tulathon, memaklumkan telah berunding dengan speaker dewan, Wan Muhammad Nor Matha berkaitan jawatan itu dalam satu mesyuarat tidak rasmi.

Mereka berkongsi bahawa meskipun dengan isu yang wujud ketika ini, jawatan itu tidak semestinya jatuh secara automatik kepada parti kedua terbesar dalam blok pembangkang.

Dalam pada itu, setiausaha agung Parti Pergerakan Progresif, Piyabutr Saengkanokkul, mengeluarkan kenyataan di akaun Facebooknya, memberitahu setakat ini tiada sesiapa pun yang layak untuk mengisi jawatan itu.

Tambahnya MFP perlu menunggu sekitar 2-3 bulan untuk keputusan mahkamah sekiranya Pita layak untuk menjawat sebarang jawatan politik, memandangkan beliau mempunyai pegangan saham dalam sebuah agensi media, iTV Plc.

Pada 19 Julai lalu, mahkamah menggantung tugas Pita sebagai ahli parlimen sekaligus menyebabkan dia hilang kelayakan untuk menjadi perdana menteri.

Loading...
Terkini