comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti Construye Movement pilih pengganti susulan pembunuhan calon presidennya

Calon presiden menghadiri debat presiden, di Quito, Ecuador 13 Ogos 2023. Foto: Reuters

BUENOS AIRES: Parti Construye Movement memilih pengganti untuk calon presiden Ecuador, susulan pembunuhan calonnya Fernando Villavicencio, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, Construye Movement berkata sekutu Villavicencio, Andrea Gonzalez Nader, dipilih sebagai calon presiden dari parti itu.

Pada Ahad, parti itu berkata wartawan Ecuador Christian Zurita akan menjadi calonnya pada pilihan raya 20 Ogos.

Villavicencio ditembak mati semasa berkempen pada Rabu lalu, kurang dua minggu sebelum pilihan raya. Suspek utama dalam pembunuhan itu turut maut, kata Pejabat Pendakwa Raya. Enam lagi suspek telah ditahan.

Presiden Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Ecuador pada Khamis berkata tarikh pilihan raya presiden yang dijadualkan pada 20 Ogos masih kekal.

Beliau berkata angkatan tentera negara itu telah memberi jaminan mengenai keselamatan warga Ecuador sepanjang proses pilihan raya dan perlindungan untuk calon presiden juga akan diperketatkan.

Media Ecuador pada Khamis melaporkan seorang ahli politik pembangkang berhaluan kiri yang bertanding untuk kerusi parlimen di Dewan Negara, Estefany Puente Castro, diserang ketika memandu di bandar Quevedo, di wilayah Ecuador, Los Rios. — BERNAMA

Loading...
Terkini