ANKARA: Parlimen Turkiye membuat keputusan untuk hanya meratifikasi permohonan Finland bagi menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Perkara itu disahkan oleh kerajaan Finland menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.
Jelas kenyataan terbabit, penyertaan Finland di dalam blok berkenaan mampu menjamin keselamatan dan kestabilan negara itu selain keselamatan di rantau Laut Baltik dan Eropah Utara.
Dalam pada itu, Turkiye mengesahkan negara berkenaan enggan berganjak dengan keputusannya untuk tidak mengiktiraf Sweden selagi beberapa perkara yang ditetapkan Ankara dipenuhi terlebih dahulu.
Penyertaan sesebuah negara ke dalam NATO perlu mendapat ratifikasi daripada kesemua negara ahli terlebih dahulu sebelum diluluskan permohonannya.
Setakat ini, hanya Turkiye dan Hungary daripada 30 negara ahli yang masih belum meratifikasikan permohonan Finland dan Sweden sepenuhnya. – REUTERS