comscore
Tumpuan :
Dunia

Parlimen Thailand pilih PM hari ini

Pita Limjaroenrat. –  Foto : Reuters 

BANGKOK: Parlimen Thailand akan mengundi Perdana Menteri hari ini dengan pendahulu reformis, Pita Limjaroenrat berdepan halangan besar yang boleh menyukarkan peluangnya untuk menjawat jawatan itu.

Semalam, pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu  berdepan ancaman penggantungan Parlimen serta kes rujukan di Mahkamah Perlembagaan terhadap tuduhan beliau dan partinya cuba menggulingkan pemerintahan beraja.

Walaupun MFP menang pada pilihan raya lalu dengan rakyat Thailand menolak kerajaan Jeneral Prayut Chan-o-cha yang merampas kuasa pada 2014, peluang parti itu untuk membentuk kerajaan dengan diketuai Pita kelihatan semakin tipis.

Ini kerana beliau berdepan tentangan daripada 250 anggota blok yang dilantik tentera di Senat susulan desakan partinya untuk memperbaharui Seksyen 112 Kanun Jenayah Thailand yang melarang memfitnah atau menghina keluarga diraja.

Rancangannya untuk menggegarkan monopoli perniagaan yang berkuasa di negara itu juga mencetuskan kebimbangan.

Di sebalik siri halangan yang dihadapi itu, Pita berkata, beliau berada dalam ‘semangat yang baik’ dan proses undian diteruskan seperti yang dirancang.

Gabungan lapan parti Pita, termasuk Pheu Thai mempunyai 312 kerusi tetapi kurang daripada 376 yang diperlukan di kedua-dua dewan Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri.

Selasa lalu, Perdana Mentera Sementara Prayut dari parti United Thai Nationnya menduduki tempat kelima dalam pilihan raya Mei lalu, sekali gus mengumumkan persaraannya daripada politik walaupun beliau akan kekal menjawat jawatan itu sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Loading...
Terkini