Tumpuan :
Dunia

Parlimen Kemboja luluskan rombakan kecil kabinet Hun Manet

PHNOM PENH: Dewan Parlimen Kemboja pada Jumaat meluluskan rombakan kecil Kabinet Perdana Menteri Hun Manet, dengan dua menterinya bertukar portfolio, lapor Xinhua.

Atas permintaan Hun Manet, Parlimen meluluskan pelantikan Menteri Pelancongan Sok Soken, sebagai Menteri Pemeriksaan, manakala Menteri Pemeriksaan Huot Hak, dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Dalam ucapannya, Hun Manet berkata rombakan kecil ini dibuat bagi memenuhi “keperluan asas untuk meningkatkan pelaksanaan program politik kerajaan dengan lebih cekap dalam badan perundangan penggal ketujuh serta Strategi Pentagonal Fasa I”.

Kabinet yang diketuai oleh Hun Manet dibentuk pada 22 Ogos 2023 untuk tempoh lima tahun. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini