Tumpuan :
Dunia

Parlimen Jerman tolak draf undang-undang perketat dasar imigresen

Parlimen Jerman. FOTO: Reuters

BERLIN: Parlimen Jerman menolak draf rang undang-undang pembangkang mengenai mengetatkan lagi dasar imigresen semalam, dua hari selepas pembangkang konservatif dituduh melanggar perjanjian untuk tidak bekerjasama dengan pihak berhaluan kanan buat kali pertama.

Pemimpin pembangkang Friedrich Merz, yang parti konservatifnya mendahului dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya pada 23 Februari, berkata undang-undang baru itu adalah tindak balas yang diperlukan terhadap siri pembunuhan berprofil tinggi di tempat awam oleh individu yang mempunyai latar belakang imigran.

Usulnya yang serupa telah diluluskan oleh parlimen pada Rabu berikutan sokongan daripada ahli parlimen daripada Alternatif untuk Jerman (AfD), mencetuskan gelombang bantahan daripada orang awam, ahli politik, dan juga sebahagian ahli partinya sendiri atas dakwaan pelanggaran perjanjian untuk tidak bekerjasama dengan pihak berhaluan kanan.

Ahli parlimen kanan Parti Sosial Demokrat (SPD) Rolf Muetzenich memberi amaran kepada Merz semasa perbahasan sebelum undian supaya tidak menerima sebarang sokongan daripada AfD

Tinjauan DeutschlandTrend untuk televisyen awam mendapati bahawa 67% pengundi menyokong kawalan sempadan kekal, termasuk lebih separuh penyokong Parti Sosial Demokrat Canselor Olaf Scholz. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini