Tumpuan :
Dunia

Parlimen Britain lulus bacaan awal RUU kematian dengan bantuan perubatan

Ahli parlimen dari Parti Buruh mencadangkan RUU itu bertujuan memberi pilihan kepada pesakit kronik yang tidak dapat disembuhkan untuk mengakhiri hayat mereka dengan bantuan perubatan. FOTO: Reuters

LONDON: Parlimen Britain meluluskan bacaan awal Rang Undang-Undang (RUU) yang memberi hak kepada pesakit kronik atau terminal untuk mengakhiri hidup mereka dengan bantuan perubatan.

RUU itu mendapat 330 sokongan ahli parlimen, manakal 275 yang lain menolak.

Undang-Undang dikenali sebagai ‘Terminally III Adults (End of Life)’ itu membolehkan pesakit dewasa yang mempunyai jangka hayat enam bulan atau kurang, dan dinilai waras oleh pakar perubatan membuat keputusan untuk menamatkan hidup mereka secara sukarela.

RUU itu, jika diluluskan sepenuhnya, akan membawa Britain seiring dengan negara-negara seperti Australia, Kanada, dan beberapa negeri di Amerika Syarikat dalam melaksanakan reformasi sosial terbesar dalam sejarah perubatan moden.

Ahli Parlimen Parti Buruh, Kim Leadbeater, yang memperkenalkan RUU itu berkata, proses penggubalan akan berlangsung selama kira-kira enam bulan lagi bagi memastikan perbincangan yang mendalam.

Beliau menjamin pelaksanaan kawalan keselamatan yang ketat, termasuk memerlukan kelulusan dua doktor dan seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk setiap permohonan. Sebarang tekanan atau paksaan untuk mempengaruhi keputusan juga boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Bagaimanapun itu RUU itu mendapat tentangan daripada Menteri Luar, David Lammy, yang menyuarakan penolakan dengan menyatakan politik seharusnya memanjangkan hayat, bukan memendekkannya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Rishi Sunak menyatakan sokongan terhadap langkah itu atas alasan ingin mengurangkan penderitaan pesakit.

RUU itu hanya terpakai untuk England dan Wales, sementara Scotland sedang mempertimbangkan perubahan serupa, dan tiada cadangan seumpamanya di Ireland Utara.

Menurut Leadbeater, perbahasan itu bukan sahaja membawa suara mereka yang terlibat secara langsung, tetapi juga membuka ruang untuk perubahan yang lebih mendalam dalam sistem penjagaan akhir hayat negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini