Tumpuan :
Dunia

Panik akibat khabar angin kebakaran, 11 maut dirempuh kereta api

Insiden penumpang dirempuh kereta api berlaku di Stesen Kereta Api Paranda, Jalgaon: FOTO: Reuters

JALGOAN: Sekurang-kurangnya 11 orang maut, manakala puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India.

Kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.

insiden berlaku apabila penumpang berpusu-pusu keluar dari kereta api kerana bimbang berlaku kebakaran, namun mangsa dilanggar oleh kereta api lain dari landasan bersebelahan.

Pihak berkuasa berkata ada individu yang menarik rantai kecemasan kereta api berkenaan, menyebabkan ia berhenti.

Beberapa penumpang yang panik akibat khabar angin kebakaran dalam kereta api itu melompat keluar ke landasan bersebelahan dan dirempuh oleh kereta api yang sedang bergerak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini