Tumpuan :
Dunia

Pangkalan udara tentera Jerman Cologne-Wahn dikawal ketat berikutan siasatan

Foto: Reuters

BERLIN: Berek di Pangkalan Udara Cologne-Wahn telah dikawal ketat pada Rabu ketika siasatan ke atas ketidakaturan dalam sistem air dilakukan, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Majalah berita Der Spiegel pertama kali melaporkan mengenai kejadian itu.

Berikutan petunjuk mengenai gangguan, satu lubang ditemui di pagar yang menimbulkan kecurigaan bahawa bekalan air mungkin telah disabotaj, walaupun perkara ini belum disahkan. Sampel air juga diambil untuk tujuan siasatan.

Tiada sesiapa dibenarkan masuk atau keluar dari berek, dan pihak polis telah mengepung kawasan yang luas, lapor dpa.

Berek itu menempatkan beberapa jabatan, termasuk pejabat Tentera Udara Jerman yang bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini