comscore
Tumpuan :
Dunia

Pakistan mansuh bayaran visa untuk warga Malaysia

KUALA LUMPUR: Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warga Malaysia yang melawat negara itu bagi tujuan perniagaan, pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa rakyat Malaysia hanya perlu mendapatkan Visa Sebelum Ketibaan, VPA melalui Sistem Visa Dalam Talian Pakistan.

Menurut kenyataan terbabit juga, tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan.

Proses VPA diperkemas bagi memastikan visa ataupun notis pemberian visa dihantar kepada pemohon melalui e-mel dengan segera.

Sekiranya permohonan visa memerlukan semakan lanjut, keputusannya akan dimaklumkan dengan segera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini