ISLAMABAD: Pakistan memberi amaran akan bertindak balas dengan Iran susulan serangan rentas sempadan yang meragut nyawa dua kanak-kanak serta mencederakan tiga yang lain di wilayah Balochistan.
Pakistan melalui Kementerian Luarnya mengutuk tindakan itu yang dilihat sebagai pelanggaran ruang udara yang jelas
Lapor media CNN, serangan berlaku ketika semua saluran komunikasi terbuka tanpa sebarang gangguan
Iran dalam kenyataannya menjelaskan, serangan peluru berpandu dan dron itu menyasarkan dua kubu kuat kumpulan militan anti-Iran
Serangan dilakukan selepas Iran melancarkan bedillan ke Syria dan kemudiannya Iraq yang didakwa menjadi lokasi Agensi Risikan Israel, Mossad.
Bulan lalu Iran menuduh kumpulan anti-Iran melancarkan serangan di Sistan dan Baluchistan sehingga meragut 11 nyawa anggota polis. – CNN