AMERIKA SYARIKAT: Malapetaka kapal selam Titan di laut dalam tempoh hari mendesak siasatan menyeluruh dan menggesa peraturan lebih ketat dilaksana untuk keselamatan tambahan di masa hadapan.
Menurut bekas kapten tentera laut yang juga peguam maritim veteran dan profesor, Lawrence Brennan, tragedi itu turut mendorong proses litigasi sivil yang lebih panjang.
Kes perbicaraan litigasi sivil melibatkan syarikat bertanggung jawab, OceanGate, turut akan didengari tidak lama lagi.
Beliau juga setuju dengan pandangan banyak pihak yang berpendapat tragedi ini menyeru pengawalan lebih ketat dari pihak kerajaan.
Peraturan dan piawaian lebih ketat juga bakal menjadi fokus utama dalam melakukan aktiviti sedemikian.
Tambah Brennan, sebarang siasatan berkemungkinan besar berdepan halangan oleh faktor kedalaman melampau di mana Titan meletup.
Pakar industri memaklumkan kejadian ini pertama kali berlaku dalam tempoh 60 tahun aktiviti selaman laut dalam komersial beroperasi.
Kapal selam malang itu yang meletup sewaktu ekspedisi melihat bangkai Titanic sekaligus mengorbankan lima penumpang VIP.
Sekitar 10 kapal selam yang melakukan ekspedisi ke Titanic, hanya Titan daripada OceanGate yang tidak diiktiraf.
Menurut pengarah filem tersohor yang pernah mengarah filem Titanic, dia menyokong peraturan yang mewajibkan pensijilan kapal selam untuk beroperasi.