SYDNEY: Seorang pakar buaya Australia mengaku bersalah menyeksa dan melakukan hubungan seks dengan anjing sebelum membunuh haiwan itu sejak beberapa tahun lalu, malah turut merakamkan banyak aksi sadis itu.
Media antarabangsa melaporkan, tertuduh Adam Robert Corden Britton, 52, membuat pengakuan itu di Mahkamah Agung Wilayah Utara pada Isnin lalu atas 60 pertuduhan berkaitan bersikap binatang dan memiliki, mengakses serta menghantar bahan pencabulan kanak-kanak.
Identitinya sebelum ini tidak didedahkan kerana pihak pendakwa percaya sifat jahat jenayahnya boleh mengancam haknya untuk perbicaraan yang adil.
Perlakuan jenayahnya itu mendorong ketua hakim negara meminta pegawai keselamatan supaya keluar dari bilik mahkamah ketika fakta sedang direkodkan, atas alasan mahu mengelakkan mereka daripada mendengar butiran terperinci lagi grafik perbuatan Britton yang mungkin mengganggu emosi.
“Fakta mengandungi bahan menggambarkan perbuatan yang hanya boleh digambarkan sebagai penyelewengan dan kekejaman yang mengerikan.
“Kedua-duanya, pada penilaian saya, berpotensi menyebabkan kejutan” kata Hakim Michael Grant di mahkamah, Isnin lalu.
Seorang pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa Britton mendera anjingnya secara seksual sejak 2014 dan menyifatkannya sebagai seseorang memiliki minat seksual yang sadis terhadap haiwan.
Dia didakwa atas perbuatan yang dilakukan antara November 2020 dan April 2022, di mana dalam tempoh itu dia memperoleh 42 anjing daripada pemilik menerusi pentas Gumtree.
Pendakwa raya berkata, suspek juga menyeksa haiwan itu di dalam ‘bilik penyeksaan’ di di McMinns Lagoon, sebuah kawasan di pinggir bandar di Darwin.
Dia ditangkap pada April 2022 apabila video dia mendera anjing dihantar kepada kumpulan kebajikan haiwan di Wilayah Utara dan polis tempatan.
Polis mendapati, dia memiliki 15 fail bahan penderaan kanak-kanak yang diperolehnya dalam talian, termasuk kandungan yang membabitkan kanak-kanak kecil.
Britton, yang berkelulusan PhD dalam bidang zoologi, adalah pakar buaya terkemuka di Darwin dan rakan penyelidikan kanan di Universiti Charles Darwin.
Dia pernah menjadi pengacara kepada ahli biologi dan penyiar British terkenal David Attenborough, yang memaparkan buaya peliharaan Britton, Smaug dalam dokumentari BBC.