comscore
Tumpuan :
Dunia

Operasi Hospital Indonesia Gaza bakal terhenti sepenuhnya dalam 48 jam

GAZA: Operasi di Hospital Indonesia bakal terhenti sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Menurut pengarah hospital berkenaan, Marwan al-Sultan, antara faktor utama yang menghalang hospital terbabit daripada terus beroperasi adalah disebabkan kekurangan bahan api dan kelengkapan peralatan perubatan.

Lebih memburukkan keadaan, setakat ini tiada bantuan diterima daripada hospital lain di sekitar Gaza terutama dari utara.

Serangan berterusan yang dilancarkan rejim Zionis mengakibatkan pertambahan luar biasa terhadap bilangan mangsa harian di hospital terbabit bagi mendapatkan rawatan terutama dari Gaza City dan utara Gaza.

Perkara berkenaan secara tidak langsung meningkatkan risiko kematian yang terpaksa dihadapi dalam kalangan mangsa yang dirawat di Hospital Indonesia itu.

SUMBER AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini