comscore
Tumpuan :
Dunia

Neymar didenda RM15.5 juta, rumah agam langgar peraturan alam sekitar

 

Neymar didenda RM15.5 juta kerana melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam di Brazil. – Foto REUTERS

RIO DE JANEIRO: Bintang bola sepak Neymar didenda 16 juta reais (RM15.5 juta) kerana melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam tepi pantai miliknya di tenggara Brazil.

Pihak berkuasa Brazil berkata projek mewah itu melanggar peraturan berhubung penggunaan dan pergerakan sumber air tawar, batu dan pasir, yang kali pertama didakwa pihak berkuasa tempatan akhir bulan lalu dan disahkan pada Isnin.

Jurucakap Neymar bagaimanapun, enggan mengulas mengenai perkara itu.

Kediamannya terletak di bandar Mangaratiba di pantai selatan negeri Rio de Janeiro.

Badan alam sekitar Mangaratiba  dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pelanggaran alam sekitar dilakukan “dalam pembinaan tasik buatan di rumah agam itu.

“Selain denda, kes itu akan disiasat oleh pejabat peguam negara tempatan, polis sivil negeri dan pejabat perlindungan alam sekitar, antara badan kawalan alam sekitar yang lain. – REUTERS

Loading...
Terkini