Tumpuan :
Dunia

New York Tamatkan Peraturan Pemakaian Pelitup Muka

FOTO: AFP

AMERIKA SYARIKAT: New York menamatkan peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam kereta api, bas dan semua jenis pengangkutan awam semalam.

Selain itu, peraturan sama ditarik balik untuk lapangan terbang dan kenderaan berkongsi penumpang.

Dalam satu sidang media, Gabenor Kathy Hockhul berkata, pemakaian pelitup muka digalakkan tetapi kini tidak lagi wajib.

Arahan itu turut berkuat kuasa untuk pusat tahanan, penjara dan pusat perlindungan gelandangan.

Pemakaian pelitup muka di New York sebelum ini dikuatkuasakan pada April 2020.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak pengguna pengangkutan awam sudah tidak mengendahkan peraturan itu.

Loading...
Terkini