NEW YORK: Satu kebakaran hutan yang berterusan memusnakah kawasan seluas 5,000 ekar (2,023 hektar) di sempadan New York dan New Jersey, kira-kira 80 kilometer (50 batu) di barat laut New York City.
Kebakaran yang dikenali sebagai Jennings Creek itu merentasi daerah Passaic di New Jersey dan Orange di New York, melibatkan kawasan hutan berhampiran Tasik Greenwood.
Kebakaran yang tidak terkawal itu turut meragut nyawa seorang anggota bomba, Dariel Vasque yang sedang bertugas memadamkan kemaraan api.
Selain itu, rata-rata penduduk beranggapan insiden itu sebagai targedi kebarakan yang paling menakutkan.
Eric Callahan, seorang penduduk dari Ringwood, New Jersey, berkata bahawa walaupun kebakaran ini tidak sebesar yang pernah dilihatnya di New Mexico, beliau tetap menganggap setiap kebakaran hutan sebagai episod ‘ngeri’ untuk New York.
“Apatah lagi dalam keadaan cuaca seperti sekarang, dengan angin yang kuat minggu lepas. Kebakaran ini boleh merebak dengan cepat, sangat menakutkan,” katanya.
Menurut laporan Perkhidmatan Kebakaran Hutan New Jersey dan Jabatan Pemuliharaan Negeri New York pada 14 November, kebakaran itu sudah berjaya dikawal sebahagiannya, dengan 75 peratus kawasan kebakaran di New Jersey, 41 peratus di New York, dan 50 peratus secara keseluruhan telah berjaya dipadamkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.