comscore
Tumpuan :
Dunia

Netanyahu pasti diheret ke muka pengadilan – Erdogan

FOTO: Reuters

ISTANBUL: Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang atas dakwaan melakukan pembunuhan orang awam berterusan di Gaza.

Ia dinyatakan presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, ketika mesyuarat jawatankuasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Erdogan juga menegaskan, Gaza adalah tanah Palestin dan akan terus menjadi milik keturunan Palestin.

Sementara itu, Israel pula mendakwa, pihaknya tidak memaksa penduduk Palestin meninggalkan penempatan mereka secara kekal.

Namun amat jelas, mereka tetap menjadi mangsa korban rentetan keganasan berterusan.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin melaporkan angka kematian mencecah lebih 15,000 orang kesan bedilan tanpa henti dan serangan darat Israel.

Keadaan ini sekaligus meningkatkan kebimbangan antarabangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini