comscore
Tumpuan :
Dunia

Negara Kepulauan Pasifik berisiko tenggelam susulan kenaikan paras laut

Perkampungan Serua di Fiji di mana penduduknya kehilangan cara untuk menangani peningkatan paras Lautan Pasifik – FOTO: Fail Reuters

TONGA: Negara Kepulauan Pasifik berisiko ‘lenyap’ susulan kenaikan paras laut.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) memaklumkan, data terbaharu merekodkan purata peningkatan agak tinggi di kawasan pengukuran di Pasifik, utara dan timur Australia.

Maklumat terbabit berdasarkan Laporan Keadaan Iklim Serantau 2023 yang dibentangkan pada forum di sini, baru-baru ini.

Kenaikan paras laut di Lautan Pasifik mengatasi purata global, sekaligus membahayakan negara berdataran rendah.

Lonjakan luar biasa paras laut juga menyebabkan kekerapan kejadian banjir di kawasan pesisir pantai seperti di Kepulauan Cook dan French Polynesia.

Lebih 34 ribut dan banjir membawa maut dilaporkan di rantau Pasifik pada tahun lalu yang meragut lebih 200 nyawa.

Malah, hanya satu pertiga daripada negara pulau kecil di perairan itu mempunyai sistem amaran awal. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini