comscore
Tumpuan :
Dunia

Nasib PM Thailand akan diputuskan petang ini

Nasib Srettha akan diputuskan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada petang ini.

BANGKOK: Sama ada dipecat atau sebaliknya, nasib Perdana Menteri Srettha Thavisin akan diputuskan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada petang ini, kira-kira selepas setahun memegang jawatan itu.

Srettha yang juga hartawan hartanah tanpa pengalaman politik, menjadi topik perbincangan selepas beliau dikatakan melanggar Perlembagaan dengan memberi jawatan menteri kepada bekas peguam yang pernah dipenjara.

Jika Srettha disingkirkan, Parlimen dengan 500 kerusi mesti bersidang untuk memilih perdana menteri baharu, sekali gus menambah pergolakan di negara dua dekad akibat rampasan kuasa dan keputusan mahkamah yang sebelum ini, sudah menjatuhkan pelbagai kerajaan dan parti politik.

Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan membubarkan Parti Move Forward, parti pembangkang yang sangat popular, yang antaralain kempennya untuk memperbaharui undang-undang menghina sistem raja.

Parti Pheu Thai, di bawah pimpinan Srettha dan parti sebelumnya antara punca pergolakan Thailand, dengan dua kerajaan terdahulu disingkirkan melalui rampasan kuasa, akibat dendam lama di antara pengasas parti itu, iaitu keluarga hartawan Thaksin Shinawatra, dan pesaingnya seperti pemimpin konservatif dan pegawai tentera yang menyokong raja.

Srettha menafikan salah laku dalam melantik bekas peguam Shinawatra, Pichit Chuenban, yang dipenjarakan sekejap kerana menghina mahkamah pada 2008 atas dakwaan yang tidak pernah dibuktikan, iaitu cubaan merasuah kakitangan mahkamah.

“Kami telah melakukan yang terbaik dan sudah menyerahkan kenyataan penutup. Saya juga menyediakan rancangan berdasarkan keperluan rakyat dan pertimbangan Perdana Menteri,” kata Srettha pada malam sebelum keputusan itu, yang akan diputuskan mahkamah pada jam 3 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini