Tumpuan :
Dunia

Naik gaji 30% & tambah baik bonus, Boeing harap pekerja henti mogok

Foto: Reuters

WASHINGTON: Boeing mengumumkan rancangan untuk menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu.

Ia merangkumi kenaikan gaji 30 peratus dan pemulihan pembayaran bonus tahunan, yang pada awalnya dirancang untuk dihapuskan.

Boeing menggambarkan tawaran itu sebagai “tawaran kontrak terbaik dan terakhirnya,” sambil menegaskan pihaknya membuat penambahbaikan ketara dalam bidang-bidang utama bagi memenuhi tuntutan kesatuan.

Menurut syarikat itu, kumpulan pekerja mempunyai masa sehingga tengah malam Jumaat untuk menerima tawaran berkenaan.

Kesatuan terbesar Boeing, IAM dengan kira-kira 33,000 pekerja melancarkan mogok pada 13 September selepas 95 peratus ahlinya menolak cadangan tawaran syarikat itu untuk tempoh empat tahun.

Tawaran yang ditolak sebelum ini menawarkan kenaikan gaji 25 peratus selama empat tahun, namun para pekerja menuntut kenaikan sebanyak 40 peratus.

Tindakan mogok itu secara langsung menjejaskan pengeluaran Boeing di Seattle dengan model pesawatnya paling laris terjual dihasilkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini