SEOUL: Unit penyiasat Kementerian Pengangkutan Korea Selatan telah berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam daripada pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, hari ini, menurut laporan Xinhua.
Nahas tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 167 mangsa terkorban.
Seorang pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, bahawa kedua-dua perakam data penerbangan dan perakam suara telah ditemui.
Penemuan itu diharapkan dapat membantu mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut.
Pesawat yang membawa 175 penumpang itu terdiri daripada 173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand, selain enam kru penerbangan.
Tragedi berlaku sekitar jam 9:07 pagi waktu tempatan ketika pesawat tersebut sedang dalam usaha mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang terletak kira-kira 290 kilometer dari barat daya Seoul.
Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat terbakar sejurus nahas, dengan asap tebal kelihatan dari lokasi kejadian.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.