Tumpuan :
Dunia

Nahas pesawat Azerbaijan Airlines ragut 38 nyawa

FOTO: Reuters

ASTANA: Nahas pesawat berhampiran Aktau telah meragut 38 nyawa.

Ia disahkan Marat Karabayev, Menteri Pengangkutan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Negara Azerbaijan (Azertac).

“Terdapat 67 orang di dalam pesawat. 62 penumpang dan lima anak kapal. Malangnya, 38 orang meninggal dunia dan 29 terselamat,” kata Karabayev semasa taklimat di Aktau.

Antara mangsa berkenaan, 23 daripada 37 warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat terkorban, manakala 14 lagi terselamat.

Kesemua tiga penumpang dari Kyrgyzstan terselamat.

Daripada 16 warga Rusia, tujuh meninggal dunia dan sembilan terselamat.

Kesemua enam warga Kazakhstan yang berada di dalam pesawat itu terkorban.

Dua anak kapal pesawat terdiri daripada lima orang juga meninggal dunia, manakala tiga terselamat.

Pesawat Azerbaijan Airlines itu sedang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny apabila ia terhempas pada pagi Rabu berhampiran Aktau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini