MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya seorang maut, 57 lagi cedera dalam perlanggaran kereta api di Mexico City, Mexico.
Menurut pihak berkuasa tempatan, mangsa yang maut seorang wanita muda pada insiden awal pagi itu.
Empat penumpang terperangkap dalam sebuah gerabak diselamatkan pasukan penyelamat.
Sementara seorang lagi dalam keadaan kritikal dikenal pasti pemandu kereta api berkenaan.
Susulan kejadian operasi pengangkutan terbabit dihentikan serta merta.
Selain pasukan polis dan bomba, orang ramai turut berkerumun di sekitar lokasi kejadian.
Sebilangan penumpang diberi rawatan segera di lokasi dan ada yang dibawa ke hospital.
Kejadian umpama itu sering berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.
Tragedi terburuk berlaku pada Mei 2021 yang meragut 26 nyawa dan mengakibatkan lebih 60 penumpang cedera.
Justeru, pihak berkuasa mempergiat siasatan dan tidak menolak kemungkinan untuk melakukan pemeriksaan di setiap operasi pengangkutan itu bagi mengelak insiden sama berulang.