Tumpuan :
Dunia

Nahas Jeju Air, penyiasat berjaya ekstrak data awal kotak hitam

FOTO: Reuters

SEOUL: Pasukan penyiasat berjaya mengekstrak data awal salah sebuah kotak hitam pesawat Boeing 737-800 Jeju Air yang mengorbankan 179 nyawa dalam kemalangan di Muan, minggu lalu.

Penyiasat dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) termasuk wakil syarikat Boeing mula melakukan pemeriksaan di tapak kemalangan di barat daya Muan sejak insiden itu.

Timbalan Menteri Penerbangan Awam Korea Selatan, Joo Jong-wan mengesahkan penemuan kedua-dua kotak hitam pesawat berkenaan.

Bagi perakam suara kokpit, beliau mengesahkan proses mengekstrak data awal selesai dijalankan.

Untuk kotak hitam kedua pula, katanya perakam data penerbangan itu dijumpai dengan penyambung yang hilang.

Jelasnya, pakar sedang menjalankan semakan akhir untuk menentukan cara mengekstrak data daripadanya.

Pada awalnya, terdapat pihak yang mengandaikan kemalangan pesawat berkenaan berlaku berpunca pelanggaran dengan burung, namun siasatan lanjut giat dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat.

Terdapat juga persoalan mengenai kemungkinan kegagalan mekanikal apabila media tempatan melaporkan, gear pendaratan dikeluarkan dengan betul pada percubaan pendaratan pertama pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Muan sebelum gagal pada percubaan kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini