INDONESIA : Nahas bas di Sulawesi Tengah meragut tiga nyawa dengan 26 yang lain cedera.
Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Mutiara Sis Aljufri Palu.
Ia membawa sekumpulan pelajar sekolah agama perempuan menuju ke Tokorondo.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari menghadiri sesi orientasi menjadi tenaga pengajar
Menurut polis, bas terbabit hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di daerah Toboli.
Dua daripada mangsa yang cedera disahkan kritikal dan sedang dirawat di hopsital.
Punca sebenar nahas masih dalam siasatan. – KOMPAS