Tumpuan :
Dunia

Nahas bas ragut 71 nyawa di Habsyah

FOTO: Reuters

HABSYAH: Sekurang-kurangnya 71 orang maut apabila sebuah trak yang sarat dengan penumpang terjatuh ke dalam sungai di wilayah Sidama

Kejadian berlaku di daerah Bona, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat komunikasi wilayah tersebut pada malam Ahad (29 Disember).

Wosenyeleh Simion, jurucakap kerajaan wilayah Sidama, memberitahu Reuters pada Isnin bahawa sekurang-kurangnya 71 orang telah terkorban, termasuk 68 lelaki dan 3 wanita.

Wosenyeleh berkata trak tersebut melalui kawasan jalan berliku sebelum terbabas dari jambatan dan jatuh ke dalam sungai .

Trak itu juga dipercayai membawa lebihan muatan

Kemalangan maut adalah perkara biasa di Habsyah dengan piawaian pemanduan yang rendah dan banyak kenderaan tidak diselenggara dengan baik

Sekurang-kurangnya 38 orang, kebanyakannya pelajar maut pada 2018 apabila sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di utara pergunungan Habsyah. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini