comscore
Tumpuan :
Dunia

Myanmar terima 2.45 juta dos Vaksin Kolera oral daripada WHO  

FOTO: Reuters

YANGON: Myanmar menerima 2.45 juta dos vaksin kolera oral daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua memetik akhbar harian kerajaan, The Myanma Alinn pada Jumaat.

Vaksin yang bernilai US$4.05 juta itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon dalam dua penghantaran pada Selasa dan Khamis, menurut laporan akhbar itu.

Vaksin berkenaan diserahkan kepada pegawai dari Jabatan Kesihatan Awam Wilayah Yangon di lapangan terbang dan kemudian dibawa ke pusat simpanan utama di Yangon.

Vaksin ini akan diberikan kepada pesakit mengikut kumpulan umur di kawasan yang dilanda wabak kolera, menurut laporan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua orang meninggal dunia dan lebih 600 lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit-birit teruk di daerah Hlaingthaya, wilayah Yangon antara 5 Julai hingga 5 Sept tahun ini. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini