comscore
Tumpuan :
Dunia

Muzium ais pertama di Turkiye

FOTO:  AA

ERZURUM: Turkiye kini memperkenalkan muzium ais pertamanya dan menjemput orang ramai untuk menerokai pengembaraan artisitik dalam suhu sejuk.

Muzium Ais Ata setakat ini telah menerima lebih daripada 100,000 pengunjung sejak pembukaannya di wilayah Erzurum.

Muzium itu yang terletak di lokasi tumpuan pelancong sewaktu musim sejuk, dibuka berdekatan Fakulti Seni Halus, Universiti Ataturk.

Hasil seni yang dipamerkan di muzium ini dihasilkan ahli fakulti dari jabatan arca universiti berkenaan.

Arca ais yang dihiasi lampu berwarna-warni turut mempamerkan skulptur iglu, bendera Turkiye, burung phoenix, kuda Trojan dan banyak lagi.

Loading...
Terkini