comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Murid dijulang sebagai wira selamatkan rakan & pemandu bas daripada kemalangan

AMERIKA SYARIKAT: Seorang murid dijulang sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan rakan-rakannya dan pemandu bas daripada kemalangan, ketika pemandu bas terbabit tiba-tiba jatuh sakit.

Insiden berlaku ketika bas dengan 70 murid ini dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Michigan.

Murid berkenaan Dillon Reeves meluru ke bahagian hadapan selepas melihat pemandu bas berkenaan hampir pengsan.

Dia kemudian memegang stereng bas dan menekan pedal brek bagi mengelakkan bas terbabit daripada terbabas dan melanggar kenderaan dari arah hadapan.

Selepas berjaya memberhentikan bas, dia meminta rakan-rakannya menghubungi talian kecemasan untuk tindakan segera.

Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi berhampiran turut membantu murid-murid lain keluar daripada bas.

Menurut ibu bapa murid berkenaan, Steve dan Ireta Reeves mereka turut berbangga dengan tindakan anak mereka itu.

Loading...
Terkini