comscore
Tumpuan :
Dunia

Mpox: Sepanyol sumbang 500,000 dos vaksin ke Afrika Tengah

FOTO: Reuters

MADRID: Lonjakan kes cacar monyet atau Mpox membabitkan negara di Afrika Tengah terus mendapat perhatian.

Usaha membendung penularan penyakit itu dipergiat Sepanyol dengan menyumbang 500,000 dos vaksin Mpox.

Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata jumlah dos berkenaan mewakili 20 peratus simpanan vaksin Mpox di negara itu.

Sepanyol juga menyeru rakan kesatuan Eropah yang lain untuk mengambil langkah sama membantu negara Afrika.

Sebelum ini, Perancis dan Jerman mengumumkan akan menyumbang 100,000 dos vaksin Mpox kepada negara yang terjejas.

Penularan semula Mpox serta pengesanan di Republik Demokratik Congo terhadap strain baharu dinamakan Clade 1b mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan tahap amaran antarabangsa tertinggi pada 14 Ogos lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini