comscore
Tumpuan :
Dunia

Mpox: Dua kematian babit enam kes positif di Cameroon

CAMEROON: Dua kematian baharu akibat penyakit cacar monyet atau Mpox direkodkan di Cameroon.

Pesakit berkenaan antara enam individu yang disahkan positif dijangkiti virus itu.

Menteri Kesihatan, Malachie Manaouda berkata ia bagaimanapun bukan strain clade 1b yang lebih berbahaya.

Sejak penularan semula pada April lalu, Cameroon mencatat 46 kes disyaki Mpox.

Langkah pemantauan dan vaksinasi dipertingkatkan bagi mencegah jangkitan wabak itu.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan antarabangsa berhubung Mpox selepas peningkatan kes strain clade 1b di Republik Demokratik Congo yang merebak ke negara jiran. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini