Tumpuan :
Dunia

Missouri laksana hukuman mati terhadap lelaki atas jenayah rogol, bunuh kanak-kanak 9 tahun

Foto: Reuters

WASHINGTON: Negeri Missouri, Amerika Syarikat, pada Selasa melaksanakan hukuman mati menerusi suntikan maut terhadap seorang lelaki berusia 49 tahun yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun pada 2007, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebelum pelaksanaan hukuman, permohonan untuk menangguhkan hukuman mati itu telah ditolak oleh kedua-dua Gabenor dan Mahkamah Agung.

Dalam satu kenyataan, Gabenor dari Parti Republikan Mike Parson menyatakan bahawa tertuduh telah menerima segala perlindungan yang termaktub dalam Perlembagaan Missouri dan Amerika Syarikat dan bahawa “sabitan serta hukuman ini kekal sebagai balasan terhadap jenayah yang amat kejam dan tidak berhati perut”.

Menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati, 23 orang dijatuhi hukuman mati di AS setakat tahun ini, termasuk pelaksanaan di Missouri.

Setakat ini, 23 daripada 50 negeri di AS telah memansuhkan hukuman mati, manakala di beberapa negeri lain, hukuman tersebut tidak lagi dikuatkuasakan secara efektif. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini