WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
Namun, beliau menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.
TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.
Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan aspek keselamatan terutama mengenai kemungkinan data rakyat Amerika Syarikat disalahguna oleh pegawai China.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.