CABO SAN LUCAS: Pihak berkuasa Mexico mengumumkan mereka telah memintas tiga buah bot berhampiran pantai Cabo San Lucas pada hari Rabu (15 Januari), dan merampas sejumlah 2.19 tan kokain.
Operasi itu juga membawa kepada penahanan sembilan warga Mexico, kata satu kenyataan Tentera Laut.
Sebuah helikopter, dua kapal terbang, dan rondaan lautan telah dikerahkan untuk menangkap suspek.
Anak kapal yang ditahan dan dadah yang dirampas telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Mexico. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.