WASHINGTON: Meta Platforms sedang mengusahakan sistem kecerdasan buatan (AI) baharu bagi menyaingi model tercanggih yang ditawarkan oleh OpenAI.
Menurut Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber, Meta menyasarkan model AI baharu buatannya siap tahun depan, dan dijangka lebih hebat daripada versi komersial yang digelar Llama 2.
Menurutnya, sistem itu bakal membantu syarikat lain membina perkhidmatan yang menghasilkan teks, analisis dan keluaran lain yang lebih canggih.
Meta menjangka untuk memulakan latihan sistem AI baharu, yang dikenali sebagai model bahasa mega, pada awal tahun depan.
Sebelum ini, Meta mengeluarkan Llama 2 iaitu model bahasa sumber terbuka yang dilancarkan pada Julai dan diedarkan oleh perkhidmatan Azure simpanan awan Microsoft, untuk bersaing dengan ChatGPT dan Google’s Bard di bawah OpenAI.
Perniagaan dan perusahaan cenderung ke pasaran AI untuk keupayaan yang lebih baharu dan melancarkan proses perniagaan sejak pelancaran ChatGPT OpenAI lewat tahun lalu.
Julai lalu, media antarabangsa melaporkan Apple giat mengusahakan tawaran AI yang sama dengan ChatGPT dan Google’s Bard di bawah OpenAI.
Selain itu, ia juga membina rangka kerjanya sendiri, yang dikenali sebagai ‘Ajax’, untuk mencipta model bahasa yang besar dan sedang menguji chatbot dipanggil ‘Apple GPT’.