comscore
Tumpuan :
Dunia

Mesir batal lesen 16 agensi pelancongan bawa jemaah haji secara haram ke Arab Saudi

MESIR: Kerajaan Mesir menarik balik lesen operasi 16 agensi pelancongan yang membawa jemaah haji secara haram ke Arab Saudi.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly menegaskan perkara itu susulan mengatur perjalanan jemaah haji yang tidak berdaftar secara rasmi.

Pihak terbabit dalam sindiket berkenaan termasuk entiti berkaitan dirujuk kepada pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

Isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat unit krisis kematian haji itu turut memaklumkan sekurang-kurangnya 530 rakyat Mesir meninggal dunia ketika musim haji tahun ini.

Kebanyakan yang meninggal dunia dikenal pasti tidak berdaftar secara rasmi, manakala 31 kematian disahkan dalam kalangan jemaah haji berdaftar akibat penyakit kronik.

Agensi pelancongan itu didapati tidak menyediakan penginapan yang sesuai kepada jemaah haji sehingga menyebabkan keletihan, selain terdedah kepada suhu yang tinggi. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini