comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri pertama Scotland gesa gencatan senjata segera di Gaza

FOTO: Humza Yousaf/ X

SCOTLAND: Menteri pertama Scotland, Humza Yousaf menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan dan tidak mahu lebih ramai kanak-kanak terkorban.

Kenyataan yang dimuat naik Yousaf di akaun laman X turut menulis, “saya memohon maaf kepada semua lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di Kem Pelarian Jabalia, kerana tiada sesiapa yang boleh menyelamatkan anda”.

Tambahnya lagi, pengabaian terang-terangan terhadap hak asasi manusia perlu dikecam sekeras-kerasnya.

Yousaf dilaporkan mempunyai ibu bapa mertua yang kini terperangkap di dalam Gaza.

Ibu bapa isterinya, Nadia El-Nakla sebelum ini dilaporkan ke Gaza bagi melawat saudara dan abangnya yang bertugas sebagai doktor di sana.

Mereka akui takut akan situasi ketika ini setelah perang tercetus dan tidak dapat keluar dari Gaza.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini