VALLETTA: Menteri Luar Malta, Ian Borg dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Selasa, menurut warta kerajaan.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri Malta Robert Abela memberitahu wartawan bahawa Borg akan mengekalkan tanggungjawabnya sebagai Menteri Luar.
Pelantikan Borg menyusul selepas kemenangannya dalam pemilihan pada Sabtu sebagai timbalan ketua Parti Buruh untuk hal ehwal Parlimen, lapor Xinhua. — BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.