comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Jepun, Filipina adakan rundingan di Manila

FOTO: Reuters

MOSCOW: Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa dan Menteri Pertahanan, Minoru Kihara dijadualkan tiba di Manila pada Isnin untuk pertemuan 2+2 dengan rakan sejawatan mereka dari Filipina, Setiausaha Luar Enrique Manalo dan Setiausaha Pertahanan Gilberto Teodoro, lapor Sputnik.

Empat pegawai kanan itu dijangka membincangkan isu pertahanan dan keselamatan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa. Para menteri juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat mereka.

Mesyuarat ini dijangka meneroka perjanjian akses timbal balik yang akan memudahkan pergerakan tentera antara kedua-dua negara dengan harapan ia dapat menjadi langkah ke arah rangka kerja serantau yang lebih komprehensif.

Mesyuarat 2+2 menteri luar dan pertahanan adalah mekanisme perundingan tertinggi yang diwujudkan oleh kedua-dua negara Asia itu. Mesyuarat julung kali diadakan di ibu negara Jepun, Tokyo pada April 2022. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini