Tumpuan :
Dunia

Menteri Dalam Negeri Korea Selatan letak jawatan

Bekas Menteri Dalam Negeri Korea Selatan, Lee Sang-min.- Foto: Reuters

SEOUL: Menteri Dalam Negeri Korea Selatan meletak jawatan hari ini susulan pengisytiharan undang-undang tentera menyebabkan negara itu dilanda kekacauan baru-baru ini.

Menurut media tempatan, Lee Sang-min berkata beliau melepaskan jawatannya ekoran kegagalan berkhidmat dengan baik kepada orang awam dan presiden.

Laporan itu juga berkata, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan itu.

Sang-min dan Suk Yeol antara individu yang sedang disiasat atas dakwaan pemberontakan selepas pengisytiharan undang-undang tentera pada Selasa lalu.

Suk Yeol yang hampir terselamat daripada usul pemecatan di Parlimen Sabtu lalu terpaksa membatalkan undang-undang tentera selepas undian menolak dekrinya.

Pagi tadi, polis menahan Kim Yong-hyun yang memegang jawatan menteri pertahanan ketika operasi undang-undang tentera berkenaan.

Susulan itu, Yong-hyun telah dikenakan larangan perjalanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini