comscore
Tumpuan :
Dunia

Media Hamas keluarkan video taktik serangan mengejut ke atas Israel

FOTO: Reuters

GAZA: Kumpulan Pergerakan Hamas selepas mengeluarkan rakaman video selepas melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas Israel.

Visual rakaman itu memaparkan pejuang Hamas yang dilihat menyusup masuk ke dalam kem tentera Israel dipercayai berhampiran sempadan Gaza, sebelum berlaku insiden tembak-menembak.

Menerusi visual yang dikeluarkan oleh Media Hamas, ia memaparkan mayat tentera Israel yang bergelimpangan di dalam kem tentera yang kemudiannya dibawa masuk ke Gaza oleh pejuang Hamas.

Selain itu, pejuang Hamas turut melakukan pengeledahan di rumah yang diduduki warga Israel serta meninjau di sekitar bandar yang diduduki Israel setelah tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar visual itu, walaupun terdapat bendera Israel di lokasi terbabit.

Taktik serangan mengejut seperti ini belum pernah dilakukan pejuang Palestin, sejak berlakunya peningkatan paling serius dalam konflik Israel-Palestin sejak kebelakangan ini.

Media Israel dalam pada itu melaporkan berlaku pertempuran senjata antara kumpulan pejuang Hamas dengan pasukan keselamatan Israel di bandar-bandar di selatan wilayah diduduki Israel. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini