MAYOTTE: Wilayah Perancis, Mayotte dilanda banjir susulan Ribut Tropika Dikeledi yang berada berhampiran perairan wilayah itu.
Dikeledi yang kini berada di barat daya Mayotte membawa angin kencang dengan kekuatan 130 kilometer sejam.
Amaran tahap merah dikeluarkan pihak berkuasa Perancis Sabtu lalu.
Banjir membawa kepada kerosakan harta benda penduduk.
Setakat ini tiada korban atau kecederaan dilaporkan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.