INDIA: Mayat mangsa yang terbunuh dalam nahas kereta api dahsyat di Odisha ditempatkan buat sementara waktu dalam sebuah bangunan berhampiran rel kereta api.
Artikel berkaitan: 50 maut, 300 cedera kereta api bertembung di India
Kesemua mayat itu yang disimpan di dalam beg mayat kemudiannya akan dihantar ke rumah mayat secara berperingkat sehingga semuanya selesai.
Sementara itu di trek laluan kereta api, kakitangan bertungkus-lumus membersihkan serpihan dan membaiki kerosakan supaya jadual perjalanan boleh disambung semula.
Nahas yang berlaku Jumaat lalu menyaksikan kereta api Howrah Superfast Express dari Bengaluru bertembung dengan Coromandel Express yang sedang menuju ke Chennai.
Tragedi itu meragut hampit 300 nyawa dengan kira-kira 900 lagi mengalami kecederaan.
Perkhidmatan kereta api India dilaporkan mengangkut lebih 13 juta penumpang setiap hari namun industri monopoli yang dikendalikan kerajaan itu mempunyai rekod keselamatan yang tidak kemas tambahan lagi kerana infrastruktur yang semakin tua.