BAKU: Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor Agensi Anadolu (AA).
Mayat itu dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev dengan pesawat dan diterima oleh pegawai Kementerian Kesihatan Azerbaijan pada Sabtu malam.
Mayat termasuk tiga kru dan 21 penumpang akan menjalani bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka.
Pada Khamis, Baku telah menerima 14 penumpang yang cedera dan empat lagi mayat dari lokasi nahas.
Penerbangan AZAL yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny di Republik Chechen, Rusia terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Kaspia.
Pihak berkuasa Kazakhstan melaporkan 38 orang terbunuh dalam nahas pesawat Embraer 190 itu yang membawa 67 orang di dalamnya, manakala 29 orang terselamat. Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan di Azerbaijan dan Kazakhstan.
Kenyataan awal menunjukkan perlanggaran pesawat dengan burung sebagai kemungkinan punca nahas, walaupun rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan lubang besar di bahagian ekor pesawat, yang menyebabkan spekulasi mengenai kemungkinan serangan.- BERNAMA-AA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Nahas pesawat: Putin mohon maaf kepada Presiden Azerbaijan
- Malaysia ucap takziah kepada Azerbaijan susulan nahas pesawat
- Punca awal nahas pesawat terdapat gangguan luaran fizikal, teknikal – Azerbaijan Airlines
- Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
- Nahas pesawat Azerbaijan Airlines ragut 38 nyawa
- Tragedi nahas pesawat: Azerbaijan isytihar hari berkabung negara
- [VIDEO] Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas, puluhan penumpang dikhuatiri maut