Tumpuan :
Dunia

Mark Rutte ambil alih kepimpinan, kendali NATO

Foto: Reuters

BRUSSELS: Ketua baharu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dilantik minggu ini, Mark Rutte, akan membawa kepimpinan baharu bagi melaksanakan antara peranan paling berpengaruh di dunia mengendali pakatan Atlantik bersenjata nuklear.

Tidak banyak perubahan atau pembaharuan yang boleh dibawa Rutte selepas mengambil alih tugas.

Namun, realiti jawatan NATO itu bermakna Rutte bertanggungjawab menerajui birokrasi awam secara teliti, dengan kuasa ketenteraan akhirnya terletak pada negara anggota, terutama Amerika Syarikat.

Rutte memilih untuk meneruskan pendekatan sama, sebagaimana diambil Setiausaha Agung sebelumnya, Jens Stoltenberg bagi mengemudi pakatan terbabit dalam waktu mencabar ini.

Malah, 32 negara anggota NATO cenderung memilih pemimpin berpendekatan sederhana, lazimnya bekas pemimpin negara Eropah utara, sekali gus memastikan pertubuhan itu bebas daripada terpalit pergolakan global semasa.

Sepanjang lebih 10 tahun memimpin NATO, Stoltenberg mendapat pujian atas kepemimpinannya yang tenang dalam pakatan yang ada masanya bergolak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini