Tumpuan :
Dunia

Mangsa Pearl Harbor tertua meninggal dunia pada usia 105 tahun

Upton adalah mangsa terakhir yang terselamat daripada anak kapal USS Utah ketika serangan Jepun di Pearl Harbor. – Facebook Pacific History Parks

BERLIN: Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II, Warren ‘Red’ Upton, meninggal dunia pada usia 105 tahun.

Upton, seorang bekas operator radio, menghembuskan nafas terakhirnya pada Hari Krismas, beberapa hari selepas dirawat di hospital.

Mendiang dikelilingi keluarganya semasa pemergian, menurut kenyataan oleh organisasi Pacific Historic Parks di Facebook.

Semasa serangan pada 7 Disember 1941, Upton berkhidmat di kapal perang USS Utah yang terkena dua torpedo dan mula terbalik. Namun, beliau bersama anak kapal lain berjaya berenang ke tempat selamat. Serangan itu mengorbankan 58 anak kapal USS Utah.

Serangan udara tentera laut Jepun di Pearl Harbor, Hawaii, menyebabkan 2,335 anggota tentera AS dan 68 orang awam terkorban. Insiden tersebut memaksa AS, yang sebelum itu kekal berkecuali, mengisytiharkan perang ke atas Empayar Jepun pada hari berikutnya.

Upton adalah mangsa terakhir yang terselamat daripada anak kapal USS Utah. Menurut laporan akhbar tentera AS Stars and Stripes, hanya 15 individu yang terselamat daripada serangan itu kini masih hidup.

kuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
Loading...
Terkini