GREECE: Sekurang-kurangnya seorang maut di Greece akibat fenomena banjir yang dicetuskan hujan lebat di Volos.
Mangsa dilaporkan maut selepas satu struktur dinding tumbang ketika cuaca buruk.
Banjir dengan arus deras turut menghanyutkan kenderaan dan sampah-sarap dalam jumlah yang besar.
Taufan Daniel yang membadai barat dan tengah Greece sejak kelmarin menyaksikan ratusan panggilan kecemasan dibuat oleh penduduk setempat yang memohon khidmat kecemasan untuk mengepam air keluar.
Bencana alam ini berlaku beberapa hari selepas kebakaran baru sahaja reda selepas berlanjutan lebih dua minggu.
Pihak berkuasa dalam pada itu turut mengehadkan lalu lintas trafik di Volos.
Untuk rekod, banjir kilat yang pernah melanda Greece pada tahun 2017 meragut 25 nyawa dan menyebabkan ratusan kehilangan tempat tinggal.