comscore
Tumpuan :
Dunia

Mangsa dibaham buaya adalah wanita 41 tahun

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Pihak berkuasa Florida mengesahkan mangsa yang dibaham buaya adalah seorang wanita berusia 41 tahun.

Mayat Sabrina Peckham ditemui di laluan air selepas penduduk sekitar melaporkan ternampak mayat seorang individu dalam mulut buaya itu.

Haiwan pemangsa berkenaan pada Jumaat lalu dilaporkan mengangkat sekujur tubuh dengan mulutnya dan ia kemudian berenang ke dalam sungai.

Visual dari udara kemudian menunjukkan operasi sekumpulan anggota polis yang berjaya menangkap buaya terbabit.

Polis kemudian mengeluarkan kenyataan media bahawa pihak Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida terpaksa menidurkan buaya itu yang membahayakan nyawa penduduk setempat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini